'
KOTA KINABALU : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Maimunah Suhaibul (gambar) meminta guru-guru yang terlibat dalam perniagaan homestay secara haram supaya menghentikan operasi mereka.
Beliau berkata, guru-guru boleh mencari pendapatan sampingan dengan menjalankan apa sahaja perniagaan tetapi mesti perniagaan yang sah dan tidak mengganggu tugas mereka sebagai seorang guru.
“Guru atau pekerjaan lain yang terlibat dalam perniagaan haram, memang kita tidak sokong atau galakan. Tapi kalau sah, ok lah, tiada masalah.
“Tiada masalah bagi mereka (guru-guru) mencari pendapatan sampingan asalkan tidak mengganggu pekerjaan sehingga menyebabkan mereka ponteng sekolah,” katanya selepas Program Jerayawara Pengarah JPN Sabah, di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, pada Isnin.
Belia berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar pada 22 Ogos lepas mengenai penglibatan beberapa guru dalam perniagaan homestay di kawasan bandaraya.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Sabah memberi amaran kepada kira-kira 150 pemilik rumah, yang kebanyakannya guru supaya menghentikan penyewaan rumah mereka sebagai homestay atau inap desa.
Maimunah berkata guru-guru boleh menjalankan pernigaan sampingan misalnya mengadakan kelas tuisyen tetapi mesti meminta kebenaran daripada pihak jabatan.
Bagaimanapun katanya, pihak jabatan tidak mempunyai statistic mengenai bilangan guru yang terlibat dalam program homestay haram di negeri ini.
“Memang ramai guru yang layak membeli rumah dan mereka beli rumah di mana-mana kawasan termasuk di Kota Kinabalu.
“Oleh kerana mereka tidak dapat tinggal di rumah itu, kerana bertugas di luar kawasan, jadi mereka sewakan rumah kepada orang lain. Kalau sewa bulanan tiada masalah,” katanya.
Sementara itu dalam kenyataan DBKK pada 26 Ogos lepas, menyatakan bahawa tindakan pemilik rumah menyewakan rumah mereka secara sewa harian melanggar Undang-Undang Kecil Bangunan dan Ordinan Kerajaan Tempatan.
Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan denda sehingga RM500 dan tambahan RM50 setiap hari bagi kesalahan berulang.

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
BAHAN SEKOLAH RENDAH © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top